Monday, March 26, 2007

Islam dan ilmu


Ilmu atau pengetahuan adalah satu perkara yang amat dititik beratkan oleh islam.Ini kerana dengan ilmu manusia dapat menilai buruk atau baik sesuatu perkara.Dalam islam ilmu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:


Pertama:Ilmu Fardhu Ain


Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang islam samaada lelaki mahupun perempuan.Ilmu ini juga tidak akan gugur kewajipan hanya kerana dipelajari oleh segolongan manusia sahaja bahkan ianya dipelajari oleh setiap mereka yang telah mukallaf. Antaranya ialah
ilmu solat,puasa,haji dan sebagainya.Nabi SAW telah bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud:Menuntut ilmu adalah menjadi kewajipan terhadap orang islam lelaki dan perempuan.


Kedua:Ilmu Fardhu kifayah


Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian orang islam.Kewajipannya tidak umum kepada seluruh umat islam.Jika sebahagian umat islam mempelajarinya maka gugurlah kewajipannya kepada orang lain.Contohnya ialah mempelajari ilmu pembedahan,ilmu
pertanian,masakan dan sebagainya.Walau bagaimanapun ilmu ini mesti dipelajari oleh umat islam.

Kelebihan berdoa

Doa bermaksud meminta atau memohon.Sebagai hamba yang lemah kita disuruh supaya berdoa kepada Allah dalam setiap masa dan waktu.Kita digalakkan supaya berdoa kepada Allah. Allah suka kepada hamba-hambanya yang sentiasa memohon kepadanya.Kita disuruh memohon kepada Allah samaada dalam senang atau susah.Terdapat beberapa potong ayat di dalam Al-quran yang menyuruh kita berdoa kepada Allah,antaranya ialah firman Allah Taa'la yang bermaksud:Dan hendak kamu memohon kepada Aku nescaya aku akan makbulkan.

Kelebihan membina masjid


Masjid adalah rumah Allah.Ia adalah tempat dimana manusia beribadat kepada Allah Taa'la.
Para sahabat Nabi SAW telah ditarbiah supaya mereka beribadat kepada Allah di masjid.
Apabila nabi sampai di Madinah antara perkara yang awal dilakukan oleh baginda ialah membina masjid.Terlalu banyak hadith yang menceritakan pahala mereka yang membina masjid antaranya ialah sabda nabi SAW yang bermaksud:Barangsiapa membina siapa yang membina sebuah masjid kerana Allah maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.Dari hadith di atas menunjukkan bahawa mereka yang membina masjid akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah Taa'la pada hari akhirat nanti.justeru itu kita sebagai umat islam marilah kita bersama memberikan sedikit harta yang kita miliki ini untuk disumbangkan bagi membangunkan dan mendirikan rumah Allah semuga amalan yang baik
kita ini diterima Allah di dunia dan di akhirat.

Kekuasan Allah Taa'la



Manusia adalah makhluk ciptaan Allah.Setiap yang ada dimuka bumi adalah milik Allah.Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi.Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah.
Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:Apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu berlaku maka dia akan berkata,jadilah maka jadilah perkara tersebut.Kekuasaan Allah tidak terbatas tetapi ia adalah kekuasaan yang mutlak.Tidak ada sesiapa pun yang dapat menandingi kekuasaan Allah.Kekuasaan Allah itu boleh dilihat dengan keindahan alam yang terbentang.
Sesungguhnya Allah itu maha indah lagi maha perkasa.

Kepentingan solat


Solat adalah tiang agama.Ia telah difardhukan oleh Allah kepada seluruh umat islam.Solat telah diwajibkan pada malam isra' dan mi'raj.Pada malam tersebut Allah telah mengurniakan kepada nabi SAW satu ibadat yang amat penting kepada orang islam.Sebenarnya solat adalah ibadat yang penting kerana ia dapat menyuburkan iman serta memimpin manusia kearah kebaikan di dunia dan akhirat.Ini telah difirman oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:"Dirikanlah sembahyang.Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah manusia dari kejahatan dan kemungkaran.

Sunday, March 25, 2007

Al-Quran dan Sains


Al-Quran adalah kitab suci umat islam.Di dalamnya juga terdapat panduan serta undang-undang untuk manusia.Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:Alif Lamm Mimm (Allah sahaja yang memahami maksudnya).Itulah kitab (Al-Quran) yang tidak ada keraguan padanya.Memberi petunjuk kepada mereka yang bertakwa.Jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah kitab untuk umat manusia.